Wednesday, June 8, 2011

Bila Dah Masak..

Kalau saya tak masak husband tanya kenapa tak masak? Kalau betul time tu saya penat atau tak larat memang saya ajak makan luar je. Tapi kalau kemalasan yang melanda ada je alasan nak bagi. Itu al-kisah kalau saya tak masak.

Tapi bila kita dah penat-penat masak bila time makan terpaksa makan berdua je dengan anak memang agak menggeramkan. Sebabnya encik suami sibuk nak pergi melepak di kedai jumpa member. Kalau jumpa member sebab kerja tak la saya nak angin tapi kalau nak borak-borak kosong lepas tu mula la rancang trip sana sini memang terasa juga tu.

Makan berdua faham-faham je la memang saya tak makan banyak paling-paling pun 3 4 suap lepas tu suap Nasya je. Mula la lauk tak habis lepas tu dilonggok dalam peti ais. Ishkkkk.. Buat jiwa kacau betul kalau terpaksa berhadapan kes macam ni. Hati yang berbunga nak masak dengan ikhlas terus jadi bunga yang layu.

Orang yang tak merasa senang la cakap "Alaaa biar je dah dia minat memancing drpd dia pancing benda lain". Tapi kalau selalu macam tu camno tu. Hanya isteri kepada kaki pancing je yang tau situasi bila suami jatuh cinta dengan hobi ini. Saya sebaik mungkin support hobi dia tapi kekadang tu hati ni kalau terasa susah juga nak selindung. Nama pun pompuan..

7 comments:

Janna Wan Muhammad said...

my husband sangat minat bermain badminton.dulu, tiap2 hari bekerja isnin-jumaaat dia main. balik skola kol 6 sampai umah mandi2, solat kuar lagi main,hbs main ngopi plak..sampai jam 11, 12 kadang2...begitula tiap malam. kadang2 nak ke mana2 pon nak kena wat appointment supaya tak bertembung dgn aktiviti badminton dia. dan ..ya seperti org lain cakap, baik dia main badminton dari main lain...hahaha

biasanye saya perati je...kalau sampai satu tahap saya tak tahan saya akan confront, penat la simpan dalam hati, kalau saya boleh paham minat dia, saya juga harap dia pon akan paham isi hati saya. skang ni dah kurang sikit dah main...tp minat pulak photography n berbasikal,cuma pegi outing photography ni tak la kerap sgt, sebulan sekali pon payah...

tp berbasikal tu tiap2 hari lah..cuma yg best, dia ajak saya join sekali...so ok lah, tetap ada masa berdua.

saya harap alin bersabar, cuma dari masa ke semasa bawak la berbicara dari hati ke hati...sb kalau u diam je, dia takkan tahu.

Halen said...

to janna:
thanxs janna for ur advice. hopefully one day minat memancing dia ni akan berkurang la bila umur dah makin meningkat nnt. nk ckp selalu pun tak berani jgk nnt kang kata terlampau control dia plk. setakat ni sabar je la.

Vivacious O'light said...

kalu saya, saya patah-patahkan batang pancing dia..hahaha..tak pun, sembunyikan dalam semak depan rumah... atau, lebih mulia lagi, hadiahkan pada rakan-rakan... pastu, buat tak tau..hihihi..jgn tiru aksi ini.

Diyana said...

alin!ana baru balik dr kuala gula.ade chalet terapung, bleh lepak2 sambil mengail.mama kate ,ni kalau si liding tau ni..syiokk la dia.ihihi.

sabar aa.support jgn tak support incik suami. hmm.berdepan dgn kes ketaksuban suami dan hobi derang ni..hmm,mcm kes alin ni..rsnye kene bawa bincang hati-ke-hati ni,sebelum melarat majuk2 panjang.:D

hobi alai kes ringan sikit kot walaupun penah le jd bahan gaduh laki bini.hehe.

ana dulu setakat 'menangani' problem hobi suami dgn merajuk hempas2 pintu and off cpu si alai ajela kan.last2 si alai bertolak ansur jugakla dgn masukkan pc dia dalam bilik tidur, dan lepas tu ana dah tak bising kalau alai main game sampai ke subuh pun.biar die tido lambat pun,tp ana sambil baring dgn anak2 atas katil , tp nampak die depan mata...:D.

Diyana said...

err tp tadi ana dengar alai bgtau mama bapak,lg 5 tahun mau beli moto besar tp single seat.nak rempit tkmo bawa ana. oh,harapnye itu bukan hobi baru la kan,itu klu ikut geng moto besar tu..bini lagi tinggal jauh di rumah tu..haha.

Halen said...

to farah:
tak sampai hati plak nk patahkan joran tu kang ada yg melayang pinggang mangkuk plk. klu ikut hati mmg nak je tanam semua benda2 pancing tu dlm tanah.

Halen said...

to ana:
support mmg la support tp bila kita dh support ni dia melampau2 plk jadinya. bila kita pot pet risau dia blk lmbt x tau apa cerita di jln di laut kita plk yg kena marah. mcmana nk support klu camtu gaya. ada anak bini lari terjun laut nnt ni. klu kami takde nnt pandai2 la dia bw diri layan ikan2 tu semua huhu