Friday, June 24, 2011

Ayat Kursi

Surah Al-Baqarah ayat  255



Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 
Hikmah:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 
Semoga perkongsian di hari Jumaat yang mulia ini akan menjadi panduan dan amalan hidup kita bersama.

4 comments:

deqlis said...

alhamdulillah..

mmg ayat Qursi nie sgt baik dijadikan amalan selain al-fatihah ... good info..thanks.

Diyana said...

ya btul. ana bkn hafal surah panjang2,mmg ayat kursi n al fatihah aje perisai diri dan famili. since depa dari dlm perut, sampaila dah besar ni..degil2 pun, ana hembus ayat kursi je kat ubun2 kepala dak2 ni.

Halen said...

to deglis:
no prob.. panduan untuk diri sy sendiri jgk ni. cuba nk jadikan amalan menggunakan ayat kursi ni dlm kehidupan seharian.

Halen said...

to diyana:
bagus ayat kursi ni kan ada kekuatan yg tersendiri. rasa2 mcm stress ke marah ke baca ni ok la skit hati tenang.