Tuesday, May 3, 2011

Happy Birthday Nur Aliya Natasya



2 Mei 2011, genap la anak perempuan saya berumur 4 tahun. Selamat ulangtahun yang keempat buat anak dara saya yang semakin hari semakin membesar dan semakin pandai.

4 tahun lalu di Hospital Likas, Kota Kinabalu meraung-meraung saya nak keluarkan anak ini daripada rahim. Syukur alhamdulillah.. Segala-galanya dipermudahkan dan dipersingkatkan masa penderitaan tidak sampai 1 jam menanggung sakit Nasya selamat dilahirkan ke dunia pada jam 11.11 pagi. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan yang tidak terhingga ini.

Dan hari ini saya bersyukur kerana anak yang lahir ini telah membesar dengan sihat di depan mata. Sebagai ibu tinggi harapan dan doa yang dipanjatkan untuk anak tersayang. Doa saya semoga Nasya akan terus bersama saya sehingga ke hujung nyawa, menghormati dan menyayangi saya sebagai ibu yang melahirkan, menjadi anak yang solehah, berjaya di dalam hidup dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.

Birthday kali ini tiada celebration secara meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Kebetulan 2 Mei kami berada di kampung suami jadi hanya ucapan mengiringin Nasya pada hari itu. Boleh pula saya dan suami tersilap perhitungan tarikh. Ingatkan birthday Nasya jatuh pada hari Selasa rupa-rupanya hari Isnin. Nasib baik la kakak ipar bagitahu hehe.. Insya-Allah hujung minggu ini saya dan suami akan bawa Nasya jalan-jalan dan cari hadiah untuk dia. 

Untuk menggembirakan hati birthday girl saya belikan sebiji kek, minuman kotak, kek apollo dan sumi kemudian hantar ke tadika Nasya tengahari tadi. Kebetulan time tu semua budak-budak tidur jadi boleh la buat surprise. Thanks teacher-teacher yang sudi membantu. Dan petang tadi Nasya pulang dengan gembira membawa sekotak hadiah. Tertulis Happy Birthday Nur Aliya Natasya, daripada Tadika Permai Ria.


8 comments:

cikpuanhady said...

happy birthday nasya..semoga jadi anak yang solehah..

Blogshop kami :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS GA

Belog kami :Notre Belle Histoire

Vivacious O'light said...

tu gambar terbaru ke? cute... dah 4 tahun dah... semoga nasya jadi anak solehah ye..stacy, stacy jugak... hehehehe...

Halen said...

to cikpuanhady:
thanxs cikpuanhady.. :)

Halen said...

to farah:
ahaaa gambar terbaru pada 3 mei hehe. amin.. semoga nasya jd anak yg solehah.

Diyana said...

hepi besday nasya !!kejap je kan besar,tup2 nak masuk skolah dah nanti :D

Janna Wan Muhammad said...

happy birthday Nasya! mai la jalan2 umah acik janna.

Halen said...

to diyana:
thanxs auntie ana. nnt nasya blk jd lupa hadiah yer hehe

Halen said...

to janna:
tq acik janna. nnt nasya dtg yer hehe