Kepada semua kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan seagama dengan aku di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga amalan kalian di bulan yang mulia ni akan diberkati. Sama2 la kita buat amal ibadah dan bersedekah yer.. :)
Walaupun aku ni bukan alim ulama dan ilmu agama tidak penuh di dada insya-Allah dengan kedatangan Ramadhan ni aku akan berusaha sebaik mungkin untuk menambahkan pahala yang tak seberapa. Kerana aku hanya insan biasa (cewahhhh..)
Segala salah dan silap mohon dimaafkan yer supaya kebaikan yang aku buat di bulan yang mulia ini dan seterusnya akan diterima. Kalau ada sesiapa yang merasa aku ada buat salah atau dosa dengan kalian sekali lagi aku mohon maaf.
Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk diri aku. Segala salah silap kalian secara langsung atau tidak telah aku maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jom kita selami kelebihan di bulan Ramadhan ini supaya kita sama2 dapat mencari pahala.. :)
Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.
Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:
“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata".
Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.
Ini la antara petikan-petikan yang dapat aku kongsi bersama di sini. Kalau nak di cari banyak lagi amalan2 dan kebaikan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan. Semoga kita sama2 dapat mengerjakan ibadah puasa dan segala amal ibadat kita diterima.
.: Entry ni khas aku buat sempena menyambut kedatangan Ramadhan di samping untuk menginatkan diri aku supaya lebih banyak melakukan amal ibadat dan pahala. Amin.. :)
.: Entry ni khas aku buat sempena menyambut kedatangan Ramadhan di samping untuk menginatkan diri aku supaya lebih banyak melakukan amal ibadat dan pahala. Amin.. :)
4 comments:
Slamat berpuasa utk Halen n family k..=D
salam ramadhan halen.semuga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketabahan.
selamat berpuasa wak...
x sabar nk raye... *hover x? he3...
salam ramadhan..selamat berpuasa..:)...thanks wish sy ye halen
Post a Comment