Wednesday, June 30, 2010

aku dalam dilema..

sebenarnya aku dalam keadaan serba salah skang ni.. FYI seperti semua sedia maklum dgn banner kat sebelah ni aku mmg buat keje part time iaitu "jual kek". iyerr.. aku menjual kek jika ada tempahan daripada pelanggan. aku tak terpikir plak minat sekadar suka-suka ni boleh menjadi salah satu sumber pendapatan aku dan keluarga. syukur alhamdulillah la dengan rezeki yang diberikan walaupun tak seberapa. rasanya nak masuk 2 tahun dah aku serius dengan kerja ni.

mula-mula dulu memang seronok je tapi kebelakangan ni rasa seronok tu macam dan bertukar kepada beberapa perasaan kurang seronok. bukan untuk diri aku jer tapi juga orang lain terutama org yang paling hampir dengan aku iaitu my hubby dan nasya. memang mula-mula pembabitan aku dapat handle dengan baik tetapi skang ni aku rasa kekuatan dan kudrat aku macam tak berapa nak kuat untuk melalui semua ini. aku pun tak tahu nak buat mcmana sebab tu la aku nak berkongsi sedikit sebanyak beban dan apa yang aku lalui semua ini. dan mungkin kah aku akan mengambil satu tindakan yang wajar untuk kebaikan aku dan keluarga.

aku sendiri pun tak reti macamana nak luahkan apa yang aku rasa skang ni. kerja.. kerja.. kerja.. di tempat kerja kekadang tu aku rasa bosan dan stress sgt. bkn sebab terlalu banyak kerja tapi sebab takde kerja. klu bos aku outstation lama2 hari kedua mula la aku mati kutu. uhhh.. memang stress gile duduk dalam bilik besar sorang-sorang. tanpa kawan2 untuk berbual berkongsi cerita dengan keadaan bilik yang sejuk hurmm memang aku tak suka keadaan macam ni. pinggang aku ni sampai sakit dah asyik duduk atas kerusi jer. kekadang tu memang aku bangun jgk jalan2 tapi xde memberi kesan pun. arrghhhh.. sampai bila la aku nk kena berkeadaan mcm ni. memang tak enjoy langsung di tempat keje. datang jam 8 kuar kul 1 (kekadang kuar awal jgk hehe) lps tu pukul 5 balik.

balik dari keje rest2 bdn dan buat apa2 yang patut malam sambung kerja balik. iyer.. sambung kerja buat kek sampai tgh malam. dulu aku steady but not anymore. aku perlukan rest utk diri sendiri dan aku perlukan masa yg amat berharga utk dikongsi bersama keluarga terutamanya my little princes yg semakin membesar. takpe.. duit boleh dicari tapi kasih sayang yang penting. kekadang aku terpikir jugak betapa tidak adilnya aku kerana tidak meluangkan masa yang secukupnya dengan mereka2 yang aku sayang. pagi dah la keje smp petang malam plak hanya sempat 2 3 jam je bersama diaorg dan keadaan ini memang membuatkan aku berfikir. so now aku terpaksa la perlahankan aktiviti2 yang ada untuk memberi perhatian yang lebih kepada keluarga dan anak2. semoga apa yang aku buat ni akan memberikan hasil yang lebih baik.

sebelum ni bukannya tak baik cuma kepuasan dan kualiti tu kurang. kualiti dan komitmen yang aku berikan aku rasa macam tak cukup bagus sebab ada sesetengah benda aku tak dapat laksanakan dengan baik. kekadang tu kain sampai seminggu tak berlipat duk menggunung dlm bilik nasya umah pun urus gitu2 je. nasib baik la my hubby ni rajin membantu menguruskan rumah dan nasya. tapi sampai bila aku nk harapkan dia sedangkan aku sebok dengan benda lain. aku rasa ini memang tidak adil. kekadang aku terpikir jugak apa laaa penyakit yg ada dalam diri aku ni.. aku ni malas btol nk kemas umah ari2 hahaha.. tapi aritu balik kampung di trg rajin je aku buat itu ini tapi bila balik sini sebaliknya plk.. aku pun x tau nak buat mcmana utk diri sendiri ni. OH TUHAN, BERI LA AKU PETUNJUK DAN KEKUATAN ATAS APA JUA YANG BERLAKU!!!


7 comments:

MRS. K said...

heheh.. ingatkan tadi halen nak benti keje, then buat bisnes kek! hehe

Mrs Hardlena said...

haha.. x dpt nk berenti keje la sbb makan minum pun duk bergantung duit gaji lg.

Vivacious O'light said...

mungkin kena hadkan tempahan. hadkan bilangan tempahan untuk seminggu dan set hari-hari tertentu sahaja buat kek. so, tak da lah tiap2 malam asyik buat kek je kan? kena ada keberanian untuk tolak tempahan la pulok... huhuhu..memang dilema.

Mrs Hardlena said...

hurmmm itu la.. pening jgk duk pk ni.
now dh ada kekuatan utk menolak tempahan dgn alasan "buat masa ni berehat drpd membuat kek" hehe..

bla dh ok nnt br la bergiat kembali. skang ni buat kek kadang2 je sbb bila dpt rest rasa seronok plk hehe

Diyana said...

rest byk sikit..nasya kan nak adik dah tu..huhu

Anna Boleyn said...

hmm ambillah masa untuk berehat dan luangkan masa tu dengan orang tersayang..jangan stress2 sangat kay. senyum selalu :)

p/s : hye..esok hana akan autopublish 4 entry pada pukul 10 pagi, 2.30 ptg, 5.30 petang and 8.30 malam. Ada entry penghargaan sebab anda join contest tu. Hana wat review pasal blog anda sikit.

Review pasal blog anda pukul 5.30 petang tu. Tapi yang paling penting anda kena baca enty pukul 10 pagi and pukul 8.30 malam tu. Ingat tau!!! :) Kalau anda nak stay tuned and baca semua entry pon tak pe :p

Mrs Hardlena said...

thanxs ana & anne.. :)