Thursday, July 14, 2011

Ohhh!!! OrenJus yer..

Jangan ada yang terfikir saya mengidam nak minum oren jus yer. Entry ini tiada kena mengena langsung dengan jus oren dan minuman-minuman lain.

Al-kisahnya Sabtu yang lalu sedang saya bersarapan di Restoran Keningau saya telah ditegur oleh OrenJus. Owhhh.. Tak sangka ada juga blogger yang sudi tegur saya di dunia realiti. Sepatutnya pagi tu game badminton start jam 8 pagi tapi tau je la janji melayu jam 8 tu seorang pun belum ada di dewan jadi my hubby ajak kami bersarapan dulu.

OrenJus @ Jiejah @ Faizah bersama pasangan duduk belakang my hubby jadi saya boleh nampak direct mereka berdua. Mula-mula saya perasan juga kenapa lelaki meja belakang tu duk tengok meja kami tapi saya tak nak la perasan sendiri jadi saya fikir mesti mereka tengok orang lain di belakang saya hehe..

Saya dan my hubby makan macam biasa la tiba-tiba perempuan yang duduk di meja belakang tu datang menghampiri meja kami sambil bagi salam. My hubby ingat diaorg nak jual barang hehe.. Jiejah pun perkenalkan diri tapi saya dengar tak berapa jelas sebab yang saya dengar perkataan BLOK. Owhhh.. Pada fikiran saya mesti jiran baru tinggal satu blok di poli la ni. Saya pun tanya la dia tinggal blok mana tingkat berapa. Adehhh.. Malunya bila dia cakap bukan dia sebenarnya follower blog saya. Hehehe ketawa juga la sebab silap pendengaran tadi.

Haihhh.. Tak sangka rupanya ada juga blogger yang kenal saya tetiba rasa fofular plak haha.. My hubby tak abih-abih perli saya dalam kereta konon saya ni blogger fofular. Takde maknanya nak fofular nyah.. Blog pun jarang update nak fofular apanya.

Apa-apa pun thanxs to Faizah sebab sudi tegur saya tempoh hari. Act time tu saya masih dalam keadaan terkejut sebenarnya sebab tak pernah ada blogger tegur tiba-tiba macam tu. Kalau berjumpa secara planning lain la sebab kita memang dah tau. Next time kalau datang Kota Kinabalu lagi jangan segan-segan nak tegur lagi yer... (^^) Gambar pun tak sempat nak ambil time jumpa hari tu kan.

8 comments:

jiejah said...

wah..ader entry khas untuk orenjus...tenkiu2..saya ingat nak post dulu pasal pertemuan tempoh hari...tapi busy sikit balik dr sabah..btw, seronok jupa halen kat sane..memang tak boleh lupa lah...seronok sangat dpt jumper blogger yg sy follow.. ;)tp sleng halen dah macam pure sabahan..hehehe

Nur Dalin said...

wahh.. ce kalau sis duduk semenanjung.. comfirm ramai tegur lagi.. hikhikhik.. InsyaAllah kalau Dalin terserempak dgn sis ye.. sebab pi sana pun dalam 5 thn sekali.. hukhuk.. >.<

Unknown said...

wowo, klu ada tegur tu mmg tanda fofular tau!

pasni ada yg minta autograf lak...hehehe

Diyana said...

hahahhaa..kan..ana pun memang prasan. alin mmg ckp slang sabah dah tau..ilang trus dah lidah semenanjung..:p

Halen said...

to jiejah:
hehe.. anyway thanxs juga sudi tegur saya aritu.

Halen said...

to dalin:
insya-allah klu ada jodoh ble juga tu berjumpa tak kira di mana pun kita berada. dalin di utara kan nnt blk raya ble la sy pi raya umah bw blogger nur diyana zulkifli skali hehe

Halen said...

to noriz:
alaaa noriz kebetulan jer tu.. klu ada minta autograf mmg kembang semangkuk la jwbnya hehe

Halen said...

to diyana:
well kata kawen+tinggal di sabah so kena la ikut peredaran masa hehe..