Friday, October 15, 2010

Jakarta - Bandung (Part 3)

Aktiviti hari ketiga dimulakan seawal jam 9.00 pagi. Memandangkan pasar baru buka jam 9 kami taknak la nampak gelojoh sgt nak pi shopping so kami pergi selepas semua kedai-kedai dibuka.
Sebelum bertolak dari hotel kami pekena dulu nasi lemak Bandung ni. Breakfast pagi tu simple je nasi lemak dan juga roti. Ok la nampak menyelerakan jgk di pagi yg tenang tu. Dah siap mengalas perut kami gerak jam 9.30 pagi menuju ke Pasar Baru. Salah satu destinasi shopping yang popular di Bandung yang terkenal dengan telekung dan kain-kain.
Ini salah satu gambar yang aku dapat snap dengan jelas semasa on da way ke pasar baru. Tgk la berlambak-lambak tudung dijual di tepi jalan. Ada yang berkualiti dan jugak tidak berapa baik. Gambar ni aku snap dari dalam van tau. Memang banyak giler penjual2 yg berniaga di tepi-tepi jalan tapi aku tak berkesempatan nak pergi sebab tak digalakkan oleh pak supir.
Gambar ni plak aku snap dari car park pasar baru di tingkat atas. Begini la keadaan di kota Bandung tak jauh beza dengan kota Jakarta di mana bangunan2nya terletak memang dekat dan padat.
Sory la gambar time shopping takde nak attached kat sini al maklum la duk sebok2 pilih itu ini mana nak ingat tangkap gambar dah hehe.. Aku takde la borong sakan pun setakat beli sehelai dua ada la utk aku dan org kirim. Kain telekung aku beli 2 pasang je, satu org punya satu aku punya la konon tp bila dah blk Msia tak jadi milik aku dh sebab ada org berkenan plak. Dia ada cakap nak kirim tapi just kirim air liur je so aku takde la pulun cari banyak2. Haihhh.. ni la yg susah klu duk kirim air liur je.
Bukan kedekut tapi kita pun pergi negara org tak tau mcmana keadaan dan harga brg2 kt sana so susah skit la nk bajet duit. Tapi takpe la sebab time raya aritu pun dah dapat telekung baru free daripada Makcik Siah (mak Diana) so takde la kecewa sgt. Telekung yg aku pakai skang ni pun ada 2 made in Bandung jgk so ok la tu.
Lain-lain aku beli kain baju kurung sulam 2 pasang untuk diri sendiri dan satu kain jubah MIL aku. Yang ni kena beli la sbb MIL aku dah pesan awal2 dan nasib baik la jumpa. Cuma aku tak pasti la kain yang aku beli ni sama tak dgn yang ada di rumah MIL aku. Hopefully sama la nnt. Then beli kemeja batik untuk my hubby, FIL dan ipar2 lelaki. Untuk ipar2 pompuan dan teman2 yg dekat aku beli kain sarung je. Anak2 buah aku belikan baju sorang satu yg ada tulis Bandung. Hajat nk beli kain buat baju tapi bajet terlebih hehe.. Ipar yg jauh sory ye tak terbeli laaa tapi takpe next time kita buat trip skali lg k. Kali ni nk pergi bawa my hubby ngan Nasya skali.
Ni dah abis shopping baru teringat nak ambil gambar hehe.. Memang lenguh kaki la jawabnya nak tawaf satu bangunan ni. Geng2 nk shopping kain takde tu yang shopping pun gitu-gitu je. Suasana nak pilih memilih tu tak seronok sgt sebab takde geng. Membe aku sorang ni bukan peminat kain tapi peminat handbag dan kasut.

Dah penat shopping dan berjalan sana sini tiba lah masa nak mengisi perut. Kali ni kami makan di area pasar baru tu juga iaitu di foodcourt bahagian atas. Time pak supir nak bawa pegi food court nih dlm hati aku duk tertanya2 ok ke tmpt ni sedap ke? Huhu.. Bukan apa takut tak menyelerakan je nk makan nanti.

Tapi skali lagi sangkaan aku silap sebab makanan kat sini boleh tahan juga sedapnya. Hidangan di atas tu makanan yang aku pesan tapi lupa dah nama apa. Tak silap aku nasi ikan nila apa ntah. Sambal dia sedap dan ikan pun sedap sebab masih panas dan garing. Minuman macam biasa la Teh Botol.
Haaa.. Ini plak Es Duren. Dessert selepas makan iaitu air batu yang diblend kemudian dicampur dengan durian dan susu. Memang sedap dan meveles.. :) Kira fames jgk la es duren ni sebab banyak dijual di serata Bandung.

Habis di pasar baru kami ke Toko Tiga iaitu salah satu tempat yang popular dengan pakaian jeans yang murah. Iyerrr.. aku memang suka pegi Toko Tiga sebab jeans2 dan baju di toko ni memang murah daripada harga biasa. Jeans yg branded2 semestinya ada dan harganya memang murah berbanding harga biasa di Msia.

Walaupun jeans murah aku tak beli hahaha.. Yang aku beli di sini beberapa helai baju untuk aku, Nasya dan my hubby. Seluar pendek ada la satu paras lutut untuk my hubby. Alhamdulillah.. Nasib baik saiz yg aku amik tu my hubby padan.
Dari Toko Tiga kami ke Jalan Riau salah satu tempat shopping yg popular jugak di Bandung. Di sini kami ke Heritage dan beberapa FO yg lain. Heritage lebih kurang mcm Rumah Mode tapi harga di sini lebih murah dan banyak pilihan baju kanak-kanak. So dah murah tu rembat jgk la sepasang dua untuk anak kesayanganku yg ditinggalkan di Msia hehe. Kebetulan kat situ ada toko yg jual handbag jugak so my fren Zura tidak melepaskan peluang itu. Apa2 pun aku suka shopping di sini.

Seharian bershopping of coz la badan pun penat dan letih. sempat lagi tu gedik2 nak pi mengurut haha.. So kami sepakat nk ke spa malam tu sebelum makan makan. Ini la tempat yang di bawa oleh pak supir Mon Reve. Katanya kalau pelancong2 dr Msia dtg nak berurut memang dia akan bawa ke sini. Not bad tempat ni memang cantik dan bagus sangat services yang diberikan. Kami berempat ambil pakej yg sama iaitu Balinese spa yg menggunakan rempah ratus untuk menghangatkan badan.

Owhhh.. Kami tidak diurut satu bilik yer sebab lelaki dan perempuan ditempatkan pada bahagian yang berlainan. Tempoh urutan selama satu jam setengah so memang best giler la. Badan aku macam cacing kepanasan je time dia sapu rempah ratus sebab lepas sapu badan akan dibalut dengan kain dan dibiarkan lebih kurang 30 minit. Huhu.. Mau pecah semua lemak2 ni.

Bila badan dah segar time to eat again. Ishkk.. Mau naik berkilo2 ni keje duk makan je. Kali ni untuk makan malam pak supir bawa kami makan di restoran makanan sunda. Ok la so so je sebab macam tak berapa ngam dengan tekak aku. Lepas dah makan tu ble plak dia tak bagi duit balance dan member aku yg bayar tu takde plk pegi minta. Bila dah gerak br dia bgtau duit balance tak amik so nk patah balik pun jauh dah so sedekah je la kat diaorg semua.

Hari ketiga ni adalah hari yg membawa balik hasil yang banyak untuk kami semua hehe.. Jumpa lagi di part seterusnya ok.

1 comment:

Anna Boleyn said...

waa..akak gi bandung. ole2 dr bandung tarak ke? hehe ;p

hye ada buat 1 entry khas untuk kak halen dan lain lain. jom tengok kat sini :

Mission 1 accomplished! – Saya buat yang TERBAIK untuk balas jasa pengomen di HLN… XD :)