Saturday, October 9, 2010

Jakarta - Bandung (Part 1)

Assalamualaikum semua...

Sejak balik dari Indonesia aku x update2 pun lagi blog ni. Skang dah seminggu berlalu baru aku ada peluang nak mengadap blog ni. Seperti yang korang tahu last week aku ke Indonesia selama 5 hari 4 malam. So untuk beberapa entry akan datang ni aku akan update pasal trip ke sana la. Bukan setakat cerita-cerita kosong tau aku akan share jgk pengalaman2 semasa berada di sana. Mana tau lepas ni rezeki korang plak ke sana.. :)

Aku ke sana pada 28 Sept. 2010 yang lalu dengan menaiki penerbangan tambang murah, Airasia. Trip kali ni 4 org je yang join sebab last minit 3 org tarik diri. Seawal 5.30pagi aku dah bertolak dari rumah untuk ke airport. Thanxs to my hubby yg sanggup hantar di awal pagi yg dingin tu.

Nasya time tu tido so ok la aku dapat pergi dengan tenang kalau tak mau kecoh jgk tu dia meraung nak ikut. Sampai2 tu aku tgk my fren Jennifer dh tersedia menunggu. 6.15 pg kami check in..

Flight pagi tu jam 7.25 pg dari KK ke KL. Sampai di airport kami breakfast di Mc D memandangkan masing-masing telah pun kelaparan. Selesai je makan minum borak2 kami pun beredar. Aku dan Jennifer mencari atm untuk buat penukaran wang tambahan. Duit yang tukar sebelum ni rasa macam tak cukup je (dan sememangnya tak cukup huhu). Lepas dah tukar wang tunai kami pun gerak masuk ke balai menunggu. Sebelum berlepas tu masing2 ke kamar kecil supaya dlm flight nanti takde la terasa nak membuang. Flight ke Jakarta jam 1.15ptg..

Tepat jam 3.30ptg (waktu M'sia) dan 2.30ptg (waktu Indonesia) kami pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Time tu aku dh resah gelisah dah sebab aku tengok jam dah 3.30ptg. Risau sebab takut pak supir menunggu lama. Tapi rupa-rupanya kami tak lambat sebab kat sana baru jam 2.30 ptg so kami sampai tepat la dengan waktu yang dijanjikan dengan pak supir. Hehe.. maklum la 1st time ke luar negeri mana nak tau.

Sampai je sana kami terus ke kaunter imigresen dan kastam. Untuk perjalanan pergi kami semua bawa backpack je so cepat la x payah nk tunggu luggage. Alhamdulillah.. Proses kami dengan kastam dan imigresen berjalan lancar so nak tunggu apa lagi terus la keluar.

Keluar je dari balik ketibaan kami terjenguk2 mencari pak supir. Blur-blur, segan, takut pun ada time nak keluar tu sebab ramai sgt yg menunggu. Memang rasa lain la sebab tak biasa dengan tempat org. Tak lama kami mencari pusing kejap je terus jumpa pak supir yang pegang kertas "WELCOME TO INDONESIA MRS WAN NURHALENA". Hahaha.. Glamer jup. Pak supir pi amik kete kami tunggu je.

Dah dalam kete tu pak supir tanya la "kita langsung terus ke mana ya".. Memandangkan time tu waktu lunch kami terus cakap nak pi makan. So pak supir tanya la nak makan makanan apa.. Minang ke Padang ke Sunda ke.. So kami decide nak makan makanan Minang. Langsung kami terus dibawa ke Restoran Sari Minang.

Makanan di sini ok la sedap jgk cuma x berapa pedas. Skali kami duduk di meja makan terus 2 3 orang datang hidang lauk. Member2 aku apa lg terkejut jgk la sebab x order apa2 pun lg tetiba dh sampai makanan. Hehe.. Kat sana mmg mcm tu diaorg akan hidang semua lauk2 yg ada dan kita akan bayar mana-mana makanan yang kita sentuh he. Harga dikira ikut piring yg berisi lauk.

Dalam keadaan yang lapar tu memang licin la kami makan. Apa2 pun thanxs kepada pak supir yang bawa kami makan di sana. Plus minus kami makan petang tu 300 ribu rupiah (RM100++) utk 5 org. Huhhh.. Terkejut jgk la sebab dgr cerita makanan kt sana murah2 tp pertama kali hadap ni dh pun 100+++. Klu 5 hari kat indon asik makan restoran high class je tak ble jadi ni mau habis duit utk makan je. Tengok la lauk2 yg dihidangkan tu banyak giler wehhh..


Lepas makan kami terus pi check in di Studio One Hotel. Sorry.. Gambar tak sempat nak snap time kat hotel ni. Apa2 pun hotel ni dalam keadaan yang baik, bersih dan selesa walaupun taraf 1/2 bintang je. Maybe sebab hotel baru tu yang selesa nak stay sana. Kalau nk tgk lebih lanjut lagi korang rajin2 la klik link hotel tu k.

Aktiviti utk hari pertama takde la penuh sgt. Lepas dah check in dan rest2 serta bersihkan diri malam tu kami keluar pegi supermarket yg berhampiran je nk beli air minum dan jajan2 utk makan. Abis beli barang kami terus balik hotel utk berehat. Kita sambung lagi untuk laporan aktiviti pada hari berikutnya k.

No comments: