Tuesday, October 12, 2010

Jakarta - Bandung (Part 2)

Hari kedua seawal jam 7.30 pagi kami dah bertolak dari Jakarta ke Bandung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan memang aku tak tido sebab masih awal lg kan badan pun masih bertenaga. Kesempatan yang ada ni boleh la tengok keadaan mukabumi dan suasana di sana.

Begini la susun atur rumah di Indonesia terlalu rapat dan sempit memandangkan penduduknya yang ramai. Rumah org miskin dan kaya sebelah menyebelah je.

Perjalanan ke Bandung menggunakan highway so ok la tenang dan selesa je takde la masalah jalan 'macet' dan sesak. Highway di sana pun lebih kurang highway di sini jgk la kan. Kalau korang nak tau org2 di sana mmg ganas bawa kereta takde nk ikut rules dh semua main redah je.
Ini adalah jalan keretapi yang mengerikan huhu.. Atas gerabak keretapi rileks je diaorg semua duduk berkampung beramai-ramai.

On da way ke Kota Bandung kami minta pak supir bawa kami ke Tangkuban Perahu terlebih dahulu. Tangkuban Perahu ni adalah salah satu destinasi yang popular di Bandung iaitu tempat gunung berapi. Kami di sini tak lama pun setakat singgah tengok2 kawasan kemudian ambil gambar dan ke kamar kecil sebab time tu hujan.

Kawah gunung berapi yang masih aktif tetapi memandangkan time kami pergi tu hujan gerimis maka keadaan di situ sejuk dan berkabus tebal.

Kami berada 1830m dari paras laut.

Nak bertapak lama kat situ mmg takde mood langsung disebabkan terlalu ramai umat manusia yang tak diundang mengganggu trip kami. Nak halau tak berani la kang tak pasal-pasal kena sweaping so buat bodo je la. Penat mulut aku duk ckp 'ngak'.. 'ngak'.. Member aku siap kena ikut dari awal sampai nak balik sebab diaorg ni terlampau mendesak suruh beli barang. Dah nak balik tu cepat je member aku masuk van sebab kena paksa beli stoberi. En Hazizi plak sempat jgk kena pujuk beli rantai besi yang kononnya rantai magnet utk berubat tu. Diaorg jual Rp100 000 sedangkan pak supir ckp kalau di Pasar Baru boleh dapat dlm Rp10 000 je. Tgk.. Senang je nak kena tipu habis Rp100 000. Nasib baik la aku tak beli apa2.

Lepas beredar dari Tangkuban Perahu kami ke Kavling stoberi plak. Di sini kami boleh memetik stoberi yang fresh dari ladang. Memandangkan Bandung ni kawasan yang agak dingin dan sejuk maka ladang stoberi ni banyak terdapat di sini. Bayaran per entry Rp16 000 dan untuk hasil stoberi yg dipetik dikenakan charge Rp6 000/100g. Ok la sebab tak selalu kan hehe.


Dan penat panjat gunung dan petik stoberi tiba la masa nak mengisi tangki perut. Kali ni kami dibawa ke Restoran Kampung Daun. Tempat ni memang cantik, tenang, nyaman, sedap dan high class sebab aku tgk org yg datang restoran ni semua org2 yg berduit. Mentang2 la kami ni jutawan kt sana pak supir pun syok je bawa kami ke tmpt2 mahal tau. Alamatnya pokai la klu asyik makan tmpt mahal je.

Restoran ni ok dan apa yang kami bayar tu berbaloi jgk la dengan apa yg kami dapat. Makasih ya Pak Uus sebab bawa kami untuk mencuba makanan di sini. Oh ya.. Pasal nak solat jangan risau sebab kebanyakan restoran yang bagus kat sini memang ada menyediakan 'musolla'. Kiranya tak susah nk cari tmpt sembahyang disini. Kebetulan plak supir kami agak alim so klu ke mana2 memang akan singgah surau.

Antara juadah yang dipesan di Kampung Daun. Nyumm..nyumm.. sedap kan.

Dah kenyang perut kami terus ke Orange Home's untuk check in bilik. Hotel ni 15 minit ke pekan Bandung dan kawasannya terletak di kawasan kediaman perumahan. Harga hotel ni Rp240 000/day (+-RM80) so tempat ni memang selesa dan cantik walaupun tak besar mana. Tp next trip insya-allah kami nak cari hotel yg terletak di bandar plak supaya jimat masa hehe..

Kawasan sekitar Orange Home's.

Lepas check in rest2 jup kami ke factory outlet untuk memulakan agenda shopping. Yes.. yes.. I like kena masa yang dinanti telah tiba. Lokasi pertama kami dibawa ke Jalan Setiabudi iaitu ke Rumah Mode. Sampai je depan Rumah Mode tu trus hati aku berkata-kata.. "Oooo.. Rupa2nya ini la Rumah Mode yang fames tu akhirnya aku sampai jgk hehe". Kawasan ok cantik dan selesa tapi harga so so je la sebab ada tempat lain aku ble dapat lg murah. Kualiti pun ok jgk.. Kat sini aku tak beli banyak sangat sebab kedekut skit nk soping tmpt lain lg. Just beli baju my hubby ngan Nasya je, untuk diri takde. Sory la gambar soping2 x banyak sebab x ingatnk snap gambar dh time soping tu hehe.

Dari Rumah Mode kami beralih ke factory outlet yang seterusnya. Memandangkan gedung2 disini dekat kami berjalan kaki je untuk pergi ke satu2 kedai. 2nd factory tak ingat dah nama apa sebab baju2 kat sini tak menarik perhatian sangat so tgk2 gitu je. Seterusnya kami ke Donatello tempat sepatu2 dan tas tangan. Haaa.. Kat sini syok sebab kasut2nya cantik, murah dan berkualiti. Dah alang2 datang dari jauh klu tak beli rugi la plak so aku beli sepasang je kasut buat syarat hehe.

Member2 aku pun masing2 angkut sorang satu. Lepas tu tak ingat kami masuk kedai apa sebab takde apa yang kami beli just cuci2 mata je. Last masuk Zenith, dan kat sini ada la beberapa baju aku beli untuk aku dan Nasya. Kepada yang mementingkan brand kat sini pun ada baju2 berjenama yang fames seperti Guest, CK, Armani Exchange dll. boleh dikatakan banyak la FO yang jual bj berjenama cuma kita la kena pandai tgk kualiti kain. Angkut punya angkut habis jgk la dlm Rp300 000.


Dah penat shopping smp ke malam agenda last kami di hari kedua ialah makan. Makan lagi.. Kali ni pak supir bawa kami ke Gedung Sate. Haaa.. Nak berjimat sgt kan so malam tu makan kedai sederhana je. Walaupun sederhana tapi tetap bersih dan yang penting sedap serta licin kami tibai. Gedung sate ni memang ada kedai2 yang menjual sate je. Macam2 sate ada ayam, daging, kambing, arnab, itik dan lemak(1st time jumpa kat sini).

Can u see that person?? Itu la gaya kehidupan di sana mereka akan buat apa sahaja untuk mendapatkan "uang". Tanpa segan silu rileks je mamat tu datang menyanyi sambil main gitar. Lepas dibagi tips dia beredar la.

Time order kami tanya ada nasi impit x tokey kedai ckp ada so lega la takut tak kenyang makan sate je. Skali sampai bkn nasi impit tapi nasi yg makan dgn lauk2 tu. Bila ditanya memang style kat sana sate tu diaorg makan dengan nasi. Sate yg dibakar tu pun ala2 bbq gitu tak kering sangat. Dicicah plak dengan kicap+bwg+lada padi lg la aku heran dan rasa mcm tak lalu je.

Rupa2nya sangkaan kami meleset sebab cicah ngan kicap tu sedap plak smp tak laku kuah kacang hehe. Kat sana diaorg panggil kicap ABC yang mana rasanya mmg lain daripada kicap kita. Membe aku ckp klu kt Tawau ada jual kicap ni tp jauh la plk kalau nak pi beli kat sana. Sememangnya apa yg pak supir cakap tu memang benar.. "Saya akan bawa kalian ke gedung sate yang paling sedap ya". Dan satu benda lg yg aku teringin sgt nk cuba adalah Teh Botol. Yaa.. Ke mana mana pergi aku pasti minta teh botol hehe..


Malam tu memang puas hati la kami makan.. 50 cucuk sate just Rp100 000++. Malam tu kami tido berkenyangkan sate so nanti kita sambung lg story di hari ketga ya. Kita tgk apa yg aku dapat di pasar baru.

1 comment:

Jiya said...

wahhhh... aku pon tak penah sampai bandung lg. sib baik nko tak kena baling ngan tayik kat sana yerk. hihihi