Sunday, June 20, 2010

Daddies Cute B'coz of Me Contest



malam ni xde koje nak buat so blog walking la umah member2 blog. skali time lawat umah mamasofwa nampak la contest ni. ermmm.. mcm menarik plk nk join contest ni sbb aku ni mmg jarang nk join contest tp mana la tau kan rezki anak ngan bapak join contest ni boleh menang hehe. k la tak payah nak berleter panjang meh aku bgtau siapa la empunya diri yg anjurkan contest ni.

act contest ni dianjurkan oleh cute kiddy kiddy. haaa cute kiddy kiddy ni bkn nama org tau tapi nama salah satu online store yg ada kt masia ni. klu yg x pernah dgr takpe ble dimaafkan dan contest ni dianjurkan bersempena dengan pembukaan cute kiddy kiddy. so kepada yg ada anak-anak kecik tu meh la kita sama tgk apa yg ada kt blog ni mana tau kan ada yg berkenan di hati. klu ada rezki menang contest ble dapat hadiah dan kepada yang tak berjaya ble dapat 10% diskaun klu x silap. jom ramai2 kita join contest nii.. :) so untuk gambar cute anak aku dan papanya aku pertaruhkan gambar di bawah ni hehe.. agak2 cute tak hahaha???



Friday, June 18, 2010

Lagenda Budak Setan


balik cuti aritu sempat la pi layan movie ni kat one utama. mula2 x plan pun nk tgk wayang ni tup tup last minit jadi plak. nasya tinggal la ngan nenek2 dia utk dijaga sbb kami pegi malam hehe. cian anak mama yer kena tinggal siap merajuk lagi tu. as usual kami pegi 4 org la.. me and my hubby mmg peminat dua org hero ngan heroin nih. my hubby x layan sgt movie melayu ni tp klu ada farid kamil ngan lisa surihani berlakon mmg x menolak klu diajak hehe.

kredit la to pelakon2, pengarah dan semua tenaga produksi filem lagenda budak setan ni. memang best giler citer ni sampaikan teresak2 aku menangis lam panggung tu haha.. mmg sedey giler tgk farid kamil berlakon. biasa la hati pompuan ni mana ble tgk benda2 sedey dan tragis kan. tp betul citer ni memang x rugi tgk sebab dalam 2 hari je dah capai box office (ni klu x silap la apa yg aku dgr). jom tgk skit sinopsis citer ni.



Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Adaptasi dari sebuah novel terlaris Malaysia.
SEBUAH LAGENDA CINTA TERHEBAT MUSIM INI.
Filem yang pasti akan merobek setiap perasaan penonton.
Empat jiwa dengan empat rahsia cinta.
Merungkai rahang jiwa KASYAH, AYU, AZMI & KATERINA.

ni baru episod 1 sebab kesudahan cerita tak abis lagi. insyallah akan ada episod 2 tapi x tau bila. tunggu je la nnt lagenda budak setan 2.


Thursday, June 17, 2010

cuti2 balik kampung

setelah didesak beberapa kali oleh adik dan juga my kazen aku cuba la update cerita time cuti2 msia aritu walaupun mood nak bercerita xde lagi. now ni klu nak bercerita je mesti kena tunggu mood klu tak aku rasa mcm tak ori je hasil karya aku haha.. boleh ke mcm tu? apa pun yg aku update kat sini telus dan jujur dari hati. ehhh apsal tetiba citer bab blog plak ni.

k la bercerita bab holiday ni memang seronok sgt sebab bkn selalu dapat balik kampung kan so bila dah bercuti ni semua rasa macam loose je diri aku ni. bkn loose mcm xde apa2 tau tapi rasa lain la. mcmana eh nak explain takpe la biar aku je yg tau mcmana perasaan aku bila dpt balik kampung ni. 24 hours of coz la dapat berkepit ngan my laling dan nasya, kedua tak yah pikir2 nak pegi keje ke urus hal keje ke( hehe bagus kan pekerja camni :p), dan yang penting aku bebas nak buat apa2 or pegi mana2. yerrr itu la kesempatan yang datang sekali or dua kali setahun bila dpt balik kampung.

balik kali ni spend time lama skit kt kampung. seminggu di kemaman seminggu di kl. kesempatan yg ada tu ble la jumpa member2 skolah yg dh lama x jumpa. masing2 dah beranak pinak hehe.. kepada my fren yg x sempat nk jumpa sory la erkk insyallah next time kita jumpa lg. dan semestinya balik kali ni keje makan je sampaikan dah naik montel badan aku nih huhu.. masuk ofis semua tegur badan aku makin naik huhu.. sedey sedey tapi memang itu la hakikatnya. aku pun x tau nape sejak kebelakangan ni badan aku naik dengan mendadak skali. tak kurang juga yg ckp aku preggy.. klu btol syukur alhamdulillah tp hakikatnya tidak.. :( dah buat test result -ve tp aku rasa bdn aku ni mcm org preggy je asik duk cari jeruk mangga huhu. terlalu obses nak dpt baby kot smp terbawa2 dah. oh tidak.. aku nak kena buat sesuatu la sebelum badan aku jadi belon. (ana, berbaloi x treatment yg buat tu???). terpaksa la dapatkan pandangan ipar aku yg sorang ni sbb dia pun dlm usaha utk mengembalikan berat badan yg normal. okeh.. stop bout that story klu duk pikir2 rasa sakit ati je.

salah satu benda yg menarik adalah kunjungan ke sunway lagoon. slalu duk bawa pi mandi laut mandi air terjun kali ni bw pi mandi lagoon buatan plk. so far ok la nasya happy sampaikan tak mo balik. asik nak berendam dlm air je klu duk dlm pelampung xpe jgk ni tak eksyen nak jln sendiri lam air. dulu penakut giler now terlebey berani la plk sana sini nak redah. to my hubby, my bro and my cousin thanxs for join us and make me happy.. :) korang layan je la gambar kt bwh ni yer.



selain pi sunway lagoon sempat la jugak aku pegi majlis kawen adik kepada schoolmate aku di smksi dulu. sehari balik esok tu terus pi umah dia makan nasi minya. sedap..sedap.. sebab dah lama tak makan nasi minyak kan hehe. sempat la jumpa dan bergathering dengan member2 lama time skolah dulu. walaupun x ramai dan sekejap tp bagi aku sudah cukup bermakna tau. so layan lagi pic time kenduri tu yer.

kek kawen tu telah dihasilkan oleh my student hehe konon la.. dia panggil aku cikgu so kira anak murid la jgk kan ekekeke. walaupun bkn cikgu secara prof tp seronok jgk la bila apa yg dikongsi bersama tu dpt dipraktikkan oleh kwn kita dan hasilnnya mmg x mengecewakan. congratz to u dona dan teruskan berusaha k. sekian saja laporan utk kali ini hehe..


Wednesday, June 16, 2010

pindah..pindah..pindah..

bila terbaca entry farah tentang nak pindah ni aku walaupun x kena mengena dengan hal itu tetap terasa juga dilema yg dihadapi sebab dalam hati aku pun ada niat jugak nak pindah. mungkin suatu hari nanti aku pun akan alami dilema yg sama??? kira farah ok lg la sebab dua-dua jadi lecturer so penempatan tu xde la isu besar sgt. mcm aku ni keje lain-lain tentu penempatan menjadi isu utama. takkan la sorang nk keje kt utara sorang keje kt selatan akan timbul masalah jugak tu nanti. sebagai kawan aku aku simpati dengan dilema yg dihadapi oleh jiran setangga aku ni hehe..

dan bercerita tentang pindah ni serius klu boleh memang aku nak berpindah secepat munkin tapi itu la bila berumah tangga ni banyak nak kena diskas bersama. nak kena bertoleransi la tak ble pentingkan diri la dan macam-macam lagi la supaya kedua-duanya tak makan hati. seperti perjanjian kami sebelum kami aku akan datang lepak sini dulu untuk beberapa tahun so lepas tu baru kami akan berpindah ke sana. huhuhu.. perjanjian melalui mulut memang senang nak cakap itu ini tapi bila nak melaksanakan tu alahai.. 2010 ni dah masuk 4 tahun aku menetap di sini bagi sesetengah org lama dan bagi sesetengah org alaaaa.. baru 4 thn dan sebab itu la aku masih bertoleransi untuk masih menetap di sini. tapi seboleh-bolehnya aku akan usahakan untuk berpindah sebelum nasya memasuki alam persekolahan supaya tak timbul plk soal sekolah time pindah nanti. hopefully my hubby dpt la tunaikan apa yang dijanjikan sebelum ini huhu.. klu x mula la aku meroyan nnt nak balik kampung je.

now klu aku cakap je nak ajak pindah mesti laling aku sengeh2 je.. cakap nanti nanti. mungkin bila tiba masa nanti aku pun akan tanya bila masa yang dinanti tu. maybe setahun lagi dua atau tiga dan aku rasa x sanggup aku nak tunggu smp 10 tahun huhu.. sementara ada masa ni sempat la rasanya aku nak siapkan apa-apa yang perlu di sana. rumah pun x beli lagi so pelan-pelan nak la jugak usha-usha mana tau ada rezki ble duk umah sendiri nanti. dan yang pasti nak kena teropong lokasi-lokasi yang menjadi target. huhuhu.. target ke klu keje aku area putrajaya dan kl memang banyak la post tapi klu nak tukar balik state memang payah sebab post terhad. mcm my laling plak mmg nak kena tukar ke tempat2 yang ada politeknik je so aku la yg kena ikut ke mana dia posting. jgn kena hantar tempat nun jauh jin bertendang dah la hehe.. takpe masa masih ada lagi ni so pelan-pelan kayuh. tiba masa nanti terbuka la pintu hati my laling ajak pindah hehe..


Thursday, June 3, 2010

akhirnya.. DSLR Nikon D90 & Shimano Calcutta Conquest


first skali aku nk ucapkan syukur alhamdulillah dengan rezki yang ada ni aku berjaya jgk memiliki salah satu my wishlist iaitu kamera DSLR. org lain dh berkurun ada kamera canggih manggih ni tp time tu aku x mampu lg nk beli so boleh tgk jerla. nak pegang takut hehe.. so simpan dalam hati je la tgk benda alah ni dan angan2 nk beli walaupun x tau bila. tp tu la klu dah izin tuhan cepat ke lambat kita tak tau dan dgn rezki yg ada aku dapat beli jgk yahooo.. so lepas ni ble la aku nak tembak sana sini dgn senang hati hehe.. sebenarnya aku tak target pun nak angkat D90 ni sebab bagi aku D90 ni sesuai utk org2 yg profesional sedangkan aku ni baru je nk mengenali DSLR ni. hajat di hati dapat angkat DSLR model lain pun ok tapi tu la semua dah ditakdirkan haha.. dah alang2 nk pakai DSLR baik angkat yang bagus terus so next time x payah la nk upgrade2 lg. ya btol tu.. so dengan berbekalkan sedikit duit yg ada ni aku pun tewas la dan berjaya memiliki D90 ni. seronok memang seronok tp x berapa seronok jgk sebab tak betul2 mahir lg. nk ejas2 pun takut2 je takut hasil yg diperolehi tak bagus. so far alhamdulillah la dah confident nk pegang barang baik ni hehe.. hopefully akan dpt tunjuk ajar drpd kawan-kawan yang berpengetahuan luas.

dan yang ni plak reel idaman my hubby. hari tu dengan tak sengaja aku terpatahkan joran kesayangan dia so aku janji la nak ganti balik. tup tup x jadi ganti rod trus ganti reel je. dah lain drpd perjanjian ni tp ok la ble cover trus hadiah utk bzday sbb aku x bagi hadiah lg. hurmmm.. tersenyum lebar la my laling tu dh dapat apa yg diimpikan. alhamdulillah la.. ada rezki skit2 ble la dapat apa yg dihajati tp nak kena beringat jgk ni tak boleh suka suki je berbelanja kan. tp time balik bercuti aritu kalah jugak dgn godaan sales yang berlambak-lambak. tgn mak ni cepat je nak sambar itu ini nasib baik la ada en suami yg jd penasihat haha.. cerita tentang percutian balik kampung akan aku ceritakan di lain n3 ok.

Tuesday, June 1, 2010

bersiaran drpd kg






hi ols..
time aku update blog ni aku tgh lepak2 kat hotel vistana, kuantan. kelmarin aku dtg kuantan ada keje skit so dh alang-alang tu lepak la sini semalaman. klu dikira hari ni dah masuk hari ke 5 aku kat sini masih x puas lagi nak jln2.

dua tiga hari lepas aku di kemaman je jumpa-jumpa member2 lama yang dh lama giler x jumpa then then dpt la jgk pegi kenduri kawen adik member aku. rasanya lama dh aku x makan nasi kenduri kt sini. so dh alang2 blk ni apa salahnya pegi kan dah org jemput. setakat dh blk ni otak-otak, satar dan kopok lekor aku dh makan la tp masih rasa mcm x cukup puas. so i'll repeat lg sblm balik ni. balik ni keje lepaskan rindu pada mknan je hehehe.. rindu dah terlepas dgn mknan pedas2 dan juga dan jumpa ikan patin masak tempoyak. 2 ari lepas dua hari berturut2 kami laki bini makan ikan patin msk tempoyak yang sedap giler.. :) tghari ni lunch kt kuantan la tp x tau lg nak lepak kt mana. tapi rasa mcm nak makan nasi putih kt tepi sg kuantan la. ermmm yumm..yumm.. hopefully kedai maria tu masih macam dulu lg la sebab lama dh aku x pegi sana sejak dh pindah duk kk.

lepas tu ada la beberapa agenda yang telah dirancang untuk hari ini. masih banyak lagi ni agenda yang nak kena rancang sbb masih ada beberapa hari sebelum aku nak balik. thanxs to my mum yang sudi meminjamkan kami honda city barunya utk kegunaan kami di sini hehe.. :) nasib baik ada kete klu x patah kaki jgk la nak jalan.

now dah 9.57 pagi rasa malas je nak check out keluar. skali skala lepak kt hotel ni mcm best jgk hehe.. arrghhhh rasa mcm tido la. kang kul 1 baru keluar la nak jln awal2 mcm panas lg ni. sian nasya smp x sihat bdn duk berjalan je 2 3 ari ni. bila malam je panas badan nasib baik la siang dia cergas so xde la nak risau sgt. k la apa-apa hal klu ada yg menarik aku update lg sebab bila dh bercuti ni mmg malas nk buka internet. daaaa cau cin cauuuuu.. gambar kat atas tu kat klia time tgh lepak tunggu flight nak ke kuantan.

Wednesday, May 26, 2010

nak balik KL..

pagi tadi bangun macam biasa nak pegi keje walaupun dalam hati ni memang dh malas gile. dah siap2 semua nk pi keje aku kejut la nasya suh bangun nak pegi skolah. punya la liat nk bangun sbb malam tadi bkn main lagi seronok tido lambat. papa duk sibuk marking paper aku plak duk sibok kemas2 beg nak balik kampung hehe.. dia apa lagi sama naik jgk la menyibuk. tolong lipat baju la konon lps tu tlg sepah2kan paper papa dia. last-last 12 lebey jgk dia tido.

then bangun pagi tadi aku kejut cakap nk jln dia masih liat-liat lagi. ok.. aku berusaha lagi kejutkan dia sebab x nak dukung. mana larat nak dukung berat maaa.. lps tu aku ckp la "aca, bangun mama nak jalan dh ni. aca x mo ikut ke.. " dan bla..bla.. dia bangun kemudian tonggeng2 tergolek2 masih malas nk bangun sampai duk nangis. "aca nk ikot aca nk pegi kl uhukuhukuhuk..". rupu-rupanya anak aku ni memang btol2 x sabar nk balik semenanjung sebab seminggu dua ni memang KL tu sentiasa di bibir. skit2 tanya "kita nk blk kl?". huhhh.. jenuh aku menjawab nk pegi KL minggu ni. malam tadi aku duk kemas2 baju pun dia sibuk duk tanya kita nak balik KL ke. huhu.. rupa-rupanya anak aku lagi xcited daripada mak dia hehe..

FYI mertua aku ada kt umah skang ni. tghari kelmarin sampai sebab nak pergi berurut di KK ni so diaorg tido umah aku la semalam. nenek dia duk pujuk la suh tinggal kat umah ngan nenek dia tp nasya x mau duk nangis2 jgk nak ikut aku. duk nangis2 ckp nak pegi KL hehe.. senyum je la nenek dia tgk cucu sorang nih dah tak sabar-sabar nak balik KL. anak beranak skang ni memang dlm mood gembira dan tak sabar nak balik kampung. hohoho.. balik kampung.. hohoho.. balik kampung.. hohoho.. balik kampung.. hati girang.. :)



Friday, May 21, 2010

gempita sekampung

last week ada "gempita sekampung" di politeknik kota kinabalu. ala-ala family day la gitu sebab semua penduduk dijemput dataang kemudian ada la aktiviti senam robik, gotong royong ,pot luck dan juga game untuk kanak-kanak. mula-mula ingat x nak join sebab my laling nk balik kampung malam tu tp last minit tak jadi so pagi tu kami join la skali jam 8 pagi hehe walaupun org lain dh datang awal lg. aku buat muffin coklat jer. nasib baik la abis tak payah aku nk angkut bawa balik lagi klu tak abis. sambutan kali ni tak ramai sgt yang join berbanding tahun lepas. perbezaan yang ketara sangat, maybe sebab ada yang bercuti dan yang ada hal sendiri. apa-apa pun jom kita tgk aksi nasya ketika terlibat dgn game.

tengah beratur untuk registration hehe.. selenge je muka anak aku ni mcm xde perasaan haha

game pertama pertandingan mewarna.

nasya masuk kategori kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun.

walaupun tak menang nasya tetap bersemangat untuk mewarna semua ruang-ruang yang berwarna putih hehe.. xpe next year join mesti dh ble kaler cantik-cantik.

aktiviti kutip gula-gula.. ya!!! nasya dapat banyak gula hasil tunjuk ajar mama haha.. dia angkut gula-gula letak dlm cawan lepas tu tuang kt mana suh pegi. lps tu pi kutip lagi hehe..

group nasya untuk pertandingan tarik tali.. hurmmm apa la yang bdk2 ni pikir kan tu yer


jeng..jeng...jeng.. tengah ready untuk beraksi. gambar seterusnya x dpt nk snap sebab bila start je nasya ketakutan sbb ramai duk bersorak dan terus menangis. muka tu cuak je haha..

sesi kedua.. fuh..fuh.. nak jampi jap hehe!!!

ready utk sesi kedua menentukan juara.

yeah.. Pertarungan sengit menarik tali. org tarik ke belakang nasya tarik ke tepi haha..

walaupun ke tepi tetap dpt no 2.. :) eh..eh..anak sape kt bwh ni nk amik hadiah jgk ye.

meh sini sy tolong angkut bw balik kak hehe..


Thursday, May 20, 2010

makan free

lunch tengahari ni saya makan free je. kebetulan ada taklimat di tingkat 2 pejabat ni so aku join skali la hehe.. biasa la tu klu ada apa2 majlis kt tingkat 2 ni lps dah makan kenyang-kenyang klu ada lebey memang diaorg akan panggil makan skali. kebetulan plak tengahari my laling pi anta kete utk servis so memang aku x makan la tengahari ni. thanxs ye kak maria kerana jemput saya makan nasi dengan lauk-lauk yang sedap tu. siap bw balik tapau tu sebab ada lebih hehe..

menu lunch tadi adalah nasi putih + ayam masak merah + daging masak kismis+ sayur lemak nangka + tembikai + sirap limau. erkkk.. syukur alhamdulillah kenyang perut aku tenghari ni. pagi tadi makan kuih ketayap ngan donat. ni pun ada lagi tak terusik sebab nak bawa balik utk my sweethearts.. x sampai hati plak aku makan kenyang sorang2 je klu x bawa balik utk mereka berdua. malam ni menu sama jgk sebab ada lebih bawa balik. kuih utk minum petang pun baru je tolong pi susun tadi kang ada lebih tapau lagi hehehe..

ni la kat pejabat ni kalau ada majlis je mesti kenyang perut. sebenarnya tak niat pun nak makan tapi dah adat mcm tu klu ada lebih mesti diaorg panggil makan. kira rezeki la tu kan tak baik plak nak tolak hehehhe.. (ayat nak sedap hati). apa-apa pun syukur atas rezeki yang diberikan tak gituuu??? so korang lunch apa tengahri tadi? sedap ke menu korang tu hikhikhik.. (soalan bikin panas je huhu :p)

Tuesday, May 18, 2010

my CALDINA


Hahaha.. jgn jeles arrr ini la my CALDINA yang diimpikan dan skang ni masih berangan lagi hehe.. Nak harap gaji hurrmmm x mampu la aku nak pakai kareta ni tapi mana tau kan satu hari nanti tuhan turunkan hujan rezeki tup tup boleh angkat CALDINA ni.

Mula-mula nampak di jalan dulu heran jgk sbb x pernah nampak kereta ni. Huyooo memang cantik la ala-ala sporty dan elegance gitu. Utk yang ada anak sorang mcm aku ok la tp klu dh masuk dua tiga orang tu sempit skit la kot tak sesuai ekekek.. jgn marah arrr.. :p

So korang takde ke kereta impian? Kereta yang korang suka tengok dan teringin nak pakai. Jom la kita sama-sama berangan yer hehehe.. Ishhkkk xmo la klu setakat berangan konpem x dapat punya so baik berusaha semoga impian menjadi kenyataan. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Hopefully la kan one day dapat naik CALDINA ni ekekeke..


Kepada yang tak senang korang boleh je x baca n3 aku nih yer. Ini adalah kebebasan masing-masing untuk berangan so klu korang rasa aku ni berangan lebey takpe sbb aku masih sedar diri lagi cuma aku gembira klu dpat berkongsi apa yg aku ingin dapatkan.