Wednesday, September 22, 2010

Cerita Hari Raya 2010

Assalamualaikum.. Salam Aidilfitri buat semua,

Org lain dah berkurun duk cerita pasal raya tp aku br terhegeh2 nk buka story. Biasa la aku kan slow motion skit nk bercerita pun kena tunggu mood yg baik. Raya tahun ni turn kat Sabah so memang sah2 la aku x dapat balik kampung. Huhu.. Sedey jgk tak dapat balik kampung mcm org lain sebab tak dapat nak merasa feel hari raya. Ingatkan feel tu mmg xde sampai raya tapi 2 hari sebelum raya feel tu dah mula mari. Hati dah berbunga2 nak pikir masak apa untuk juadah raya dan nak buat persiapan lain. Dan alhamdulillah raya tahun ni best..

Nak cerita banyak2 pun tak guna baik korang layan jerla gambar2 raya ni yer exclusive drpd ms nikon.. :)

Acara wajib di pagi raya sesi bergambar seisi keluarga. Syukur alhamdulillah raya tahun ni semua ahli keluarga sebelah mertua aku dapat berkumpul daripada anak beranak, menantu2 dan juga cucu.

Kami bagi keluarga aku tema tahun ni adalah warna coklat. Mula-mula plan nk tema kaler pink tapi cari baju warna pink x jumpa yg berkenan di hati so terpaksa la tukar tema. Tema utama warna coklat dan tema kedua cotton sedondon kaler biru tua. Tapi sayang gambar baju warna biru xde plak.

Ini plak sesi memohon ampun dan maaf di pagi raya. Memandangkan ini blog aku so aku letak gambar aku je la yer ekeke.. Walaupun sesi ampun dan maaf ni telah dilakukan oleh pasangan masing2 tapi kami kena berlakon skali lagi untuk sesi fotografi.. :)

Haaa.. Ini la cucu-cucu sebelah mertua aku. Skang ni ada 8 1/2. Kenapa setengah ye sebab ada sorang lg di dalam perut akan keluar tahun dpn. Tapi mana nk tau kan maybe 1 2 atau 3.. :) Kita tgk jerla gambar raya tahun 2012 nnt berapa org cucu yg akan bertambah.

Gambar my hubby dengan anak buah, Damia. Suka sgt tgk gambar ni sebab nampak mcm berseni dan ada value. Ini pandangan mata aku la yg bukan profesional. Dan tukang amik gambar ni x lain x bukan aku la muhaha.. Kira berseni jgk la aku amik gambar kan tambah plk dengan model2 yg fotogenik,macho dan cantik. Bertuah Damia kecik2 dah jadi model sambilan. Bukan model aku tau tapi model pakaian kanak-kanak Dahlia Pinata. Tak sabar ni nk tgk gambar Damia beraksi.

Ini plak gambar model yg dewasa skit hehe.. Aku dengan akak ipar (sis my hubby). Pic ni pun not bad jgk la kan ada seni dan value.

Setahun sekali.. Bila dah berkumpul ramai2 ada la idea2 yg diluar kawalan. Adik-beradik lelaki my hubby dan seorang menantu (baju coklat lembut) beraksi di hari raya. Gambar ni pun cantik dan ceria.. :) Haihhh.. Siapa la yg amik gambar ni ye mmg kreatif betol muhaha.. (Masuk bakul angkat sendiri lagikkk)

Ini plak gambar menantu2 pompuan dengan my SIL. Kami kan pompuan so kena la kontrol gedik skit. Bukan selalu tau dapat bergambar sama2.

Haaa.. Yg ni ada skit unsur2 gedik dh keluar tp aku suka tgk aksi my SIL dan Diana tu. Spontan dan aksi bersahaja..

Me and my hubby of coz bergambar kt tangga di rumah arwah nenek. Kira rumah pusaka la ni ada sorang makcik je tinggal kt sini. Banyak jgk ambil gambar di tangga ni tapi sayang lorr di cemari oleh aksi2 my BIL kt belakang tu.

Ini konon nk beraksi ala2 model jgk tau haha.. Boleh la daripada takde kan. Biasanya orang pasang pelita atau lampu warna warni kan tapi kat umah arwah nenek ni diaorg pasang lampu je lepas tu cover dengan bekas plastik. Kemudian pasang la keliling rumah bagi cantik. Jimat dan mudah kan..

Gambar ni time pegi beraya kt rumah Jiya di Tuaran. Ini la makcik sorang ni klu bergambar je mesti nk tutup muka. klu tak tutup muka mesti pakai topeng. Haihhh.. Ada2 je la ko ni kan. Dan terima kasih la kerana menerima kedatangan kami dan menyediakan hidangan yang sedap.

Tengah khusyuk ni duk dengan husb Jiya bercerita. Sambil tu duk makan mee udang dari Penang. Nyumm.. nyummm.. memang sedap. Terubat rindu kt mee udang Sg Dua.

Last skali sesi bergambar kami satu family. Thanxs Jiya and hubby yg rajin snap sana sini dan ilmu yg dikongsi bersama. Insya-Allah ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi yer. Thanxs juga sudi berkunjung balas ke rumah aku.

Sesi beraya di rumah Farah @ rumah besan @ jiran setangga.. Thanxs kerana menjamu kami dengan nasi dagang gulai ikan aya @ tongkol dan kari ayam. Syukur alhamdulillah kenyang kami malam tu.

3 comments:

isma said...

wah bestnyerr raye!! smpi lupa nak jemput i mkn mihun sup tulang u yg kebabom ye.. hehe citer raye aku??? haha mls giler nak transfer gambo... ;P

Anna Boleyn said...

cantik lah kak baju kaler coklat tu. baju akak n bju mr hubby. :) tak terlewat lg kn nk ucp selamat hari rya. :)maad klu de silap n salah.

Jiya said...

hahahaha... tergelak aku nengok minah sorang tu. mmg tak habis2 top muka. kakakakaka... sok2 ada masa kang aku upload gambar dr kamera aku plak. bz skit ni