Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA Juara Piala Suzuki AFF 2010


Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana telah berjaya menjulang Piala Suzuki AFF malam tadi. Ternyata bekalan 3 gol daripada Stadium Bukit Jalil sangat-sangat membantu kemenangan Malaysia kali ni. Nasib baik Malaysia menang.. :)

Tapi gerun jgk aku tgk Indonesia main semalam, tak abis-abis timnas diaorang duk serang pertahanan Malaysia. Nasib baik jugak la pertahanan Malaysia kebal pada separuh masa pertama tu. Dan hasilnya 0-0. Skuad Malaysia boleh la menarik nafas lega time ni. Syabas jugak untuk penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi yang menjadi wira malam tadi kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang dilakukan oleh ketua pasukan Indonesia.


Masuk separuh masa kedua Indonesia tak berputus asa lagi dan diaorg terus mengatur serangan demi serangan yang berbiasa. Dan akhirnya Malaysia dengan bergaya berjaya membolosi gawang Indonesia di hadapan 95000 penyokong fanatik Indonesia untuk gol pertama malam tadi. Time tu terbayang-bayang dah konpem Malaysia jadi juara. Tak lama lepas tu gawang Malaysia pulak dibolosi pihak lawan. Cettt.. Dapat jugak diaorg 2 gol.

Walaupun kemenangan berpihak kepada Indonesia malam tadi tapi bila dikira agregat yang ada sebelum ni juaranya tetap Malaysia. Syabas untuk skuad Harimau Malaya dan juga Garuda yang telah patah sayapnya.

Lain kali sila la belajar menerima kenyataan kekalahan. Jangan asyik nak berprovakasi je sana sini. Last-last negara sendiri jugak yang malu sebab mempunyai rakyat-rakyat yang berfikiran kolot.

Kepada rakyat Malaysia bersama-sama la kita raikan kejayaan kali ini dengan bercuti pada hari JUMAAT.. :) Terima kasih jugak kepada Perdana Menteri kerana keprihatinan beliau dalam hal ini.

Aksi penyokong Indonesia yang sengaja menyerang mental skuad Harimau Malaya.

Monday, December 27, 2010

Penchatter@Pen@Kekasih Lama

Hohoho.. Gosip panas secara exclusivenya aku mempamerkan gambar kekasih hati time belajar dulu. Si teruna ini la member chatting aku selama beberapa tahun dan kalau tak silap 4 tahun kot. Rindu giler nk jumpa mamat yg ensem ni.. :)

Agak2 klu laki aku baca entry ni dia mengamuk tak sebab aku duk tayang gambar bofren lama hahaha.. Dia tak kisah aihhh sebab si teruna ni dah selamat jadi laki aku skang ni. Semalam duk gode2 baca email lama skali terbaca email time bercinta dulu rasa geli hati la pulak. Macam-macam gaya email siap berlagu2 lg haha.. Date gambar ni di email kpd aku 27 November 2002 hoho lama giler kan. Now dah 8 tahun..

Harimau Baham Garuda

Itu la hakikat yang terjadi malam tadi ketika Final Pusingan Pertama berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Walaupun aku ni bukan kaki bola yang tegar tapi bila ada perlawanan-perlawanan yang penting (time final je) aku tak terkecuali untuk menonton.

Kami sampai dari kampung lebih kurang jam 815 malam dan time tu perlawanan baru je bermula klu x silap. Singgah Sala Thai kami layan bola sambil makan malam. Bila dah sampai waktu rehat sedang elok la kami dah abis makan. Lepas dah bayar semua terus balik sambung kat rumah pulak.

Pusingan pertama takde skor pun masuk pusingan kedua baru la Malaysia dapat skor. Huhhh.. Tak percaya rasanya Malaysia dapat belasah Indonesia 3-0. Chaiyok...chaiyok.. Skuad Malaysia kali ni memang main dengan prestasi yang bagus. Rasanya dengan bekalan 3 gol ni akan memberi peluang yang cerah Malaysia menjadi juara. Tapi tak ble nak selesa jugak sebab pusingan kedua nanti kita akan bertandang ke rumah pihak lawan. Huhu.. Memang gerun seh.

Jom kita baca petikan daripada Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.

Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.

Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.

Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.

Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.

Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan

Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.

Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.

Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.

Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.

Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.


Wednesday, December 15, 2010

Kau Pergi Jua..


Lama tak update blog tetiba petang yg sejuk ni terbawa kejap untuk update blog yg bersawang ni. Petang2 yg sejuk dan hujan ni nak melayan emosi kejap. Pejam celik pejam celik beberapa minggu lagi aku akan kehilangan seseorang yang rapat dan disayangi. Bukan nak mengada2 tapi bila dengar perkhabaran teman setangga aku ni dapat pindah tiba-tiba perasaan sayu menjelma.


Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Mungkin dah tiba masa dan rezeki Pn Farah sekeluarga untuk berhijrah ke tempat lain sempena Maal Hijrah yang lalu. Kami di sini akan sentiasa akan merindui kalian sekeluarga. Ishkkk.. Dun cengeng-cengeng la takkan baru tulis blog dah nak nangis huhu.. Kalau la aku ble tahan airmata ni ok la tapi aku ni pun manusia biasa jgk. Klu bab-bab menyentuh emosi ni aku memang cepat sedey.

Banyak sebenarnya yang aku fikir sebab tu aku rasa sedih dengan pemergian diaorg ni. Rasa macam tak cayer pun ada sebab tak lama lagi aku akan kehilangan sahabat, teman, jiran dan anak-anak yang comel. Ya.. Anak-anak diaorang pun dah macam anak-anak aku jugak. Paling sedih Nasya la sebab lepas ni takde lagi boyfren yang akan bermain bersama dia.

Semalam aku cerita la kat Nasya yang Wafiy nak pindah jauh naik aeroplane tp Nasya jawab "nape nak naik aeroplane lg kan dh naik aritu". Aku explain la Wafiy pindah jauh lps tu tak balik sini dah Nasya kena main sorang2 la. Walaupun aku tak pasti Nasya faham ke tak ayat nak pindah tu tapi dia tiba2 menangis jgk sebab nak ikut Wafiy. "Nasya nak main dengan Wafiy". Itu la ayat dia yang buat aku sedih.. Kesian Nasya lepas ni dia akan kehilangan orang yang dia sayang.

Ya Allah.. Permudahkanlah segala perpindahan sahabat ku ini. Aku kat sini hanya boleh berdoa dan membantu apa-apa yang termampu. Semoga kalian sekeluarga akan lebih gembira di tempat baru. Lepas ni takde la org nk serbu masuk umah lagi hehe..

Kekadang bila remind balik gelagat anak-anak tu yang buat aku sedey. Banyak cerita yang kami kongsi bersama pasal anak-anak sebab anak-anak kami membesar dan tinggal di tempat yang sama. Lepas ni siapa la yang bakal menggantikan tmpt di sebelah rumah aku ni. Tapi yang pastinya Farah, Cdiq, Wafiy dan Maryam tetap satu dan tiada siapa yang dapat menggantikan kalian sekeluarga. Semoga dengan kedatangan jiran baru nanti keceriaan dan kerukunan tetangga seperti sekarang akan berterusan.