Friday, January 22, 2010

nasi lemak dan sakit kepala..

tajuk di atas tu adalah perkara yang berlaku pagi tadi. tetiba je bangun pagi tadi kepala aku sakit berdenyut-denyut. dan mandi siap-siap nak pi keje dah sampai pejabat pun kepala aku masih sakit. rasa berdenyut-denyut sebelah kanan ni. aduhai.. nape la time ni plak nak sakit. pagi tadi dah telan penadol sebiji di kantin ok la sakit kurang skit tapi masih rasa berdenyut-denyut. badan ni plak panas je tu yg sakit kot sebab panas badan. 2 3 hari ni cuaca tak menentu asyik duk panas sejuk je. nasib baik la besok dah stat cuti so ble la aku rest badan skit.

al-kisah nasi lemak plk. pagi ni aku bf makan nasi lemak yg opismate aku jual. wife dia buat then bawa jual ke pejabat. ok la not bad jgk tapi hari ni sambal nasi lemak dia banyak minyak skit. tapi disebabkan sakit kepala dan lapar licin je nasi lemak tu aku bedal. tengahari ni balik awal sebab hari jumaat so ble la aku tido jup tengahari nanti untuk melegakan sakit kepala aku ni. klu rajin besok lusa ble la pi jumpa doktor.

petang nanti tak tau lagi apa storynya hehe..

oh ya, teringat plk al-kisah ptg kelmarin antara aku dan nasya sebelum dia nak mandi.


nasya : mama, aca nak adik..

mama: aca nak baby boy ke gurl..

nasya: aca nak baby boy..

mama: oooo.. bgtau papa

nasya : nanti aca ble mandi dgn adik, aca main macak-macak dgn adik.. papa.. papa..
(papa nasya pun dtg la terkedek-kedek dr dlm bilik)

nasya : papa, aca nak adikkk..aca nak baby boy.

papa : ooo yerke.. haaa nanti la yer.
(mama duk sengeh-sengeh mcm kerang bakar hehehe)

7 comments:

Diyana said...

haa..apa lg..nasya dah gtau nak adik tu..;)

Mrs Hardlena said...

insyallah.. nnt adeq nasya ada la tu :p

Ms af|qa said...

kilang nak beroperasi dah
auntie kene bli souvenir lebih la nxt year

Jiya said...

kihkihkih! apa lg halenn.. request dr aca nak adikkk! hihihi!

Mrs Hardlena said...

to ms afiqa:
haaa byk la punya kilang..
ingat kilang kicap ke apa :p

to jiya:
haaa no prob..
tp dia request jgk nak kawan baru :p

Ainazli said...

dah boleh sangat dah tu..pandai si nasya ni..makcik ko takyah sengeh jer..ko goda2 lebih sikit arrrr...hahhahah

Mrs Hardlena said...

to ainazli:
haaa kalau la semudah itewww dh lama aku beranak tau...