Friday, January 8, 2010

budu cap ketereh

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.


dinner semalam aku dan my hubby makan nasi putih panas, ikan selar goreng dengan budu cap ketereh berulamkan kacang botol. uhhhh sedap gilos.. sebenarnya aku ni bukan lah penggemar budu jauh skali la nak makan dengan nasi tapi kalau campur dengan nasi kerabu tu kira consider lagi laaa. hari tu ada la my opismate nih bg aku sebotol budu cap ketereh katanya jirannya dia bagi 2 botol tapi dia x pandai makan. sesetengah org sini mana tau apa itu budu so dia bagi la kat aku. dah bawa balik tu budu ni dijadikan hiasan di atas meja selama beberapa hari. hahaha.. baguskan org bagi aku pi buat hiasan plk. tak terasa langsung nak makan budu sekali petang kelmarin tetiba plak pintu hatiku diketuk untuk makan budu. offer la kt my hubby nak makan budu tak dia geleng-geleng "abang tak makan la"..

dengan perut yg lapar semangat berkobar nak makan nasi dengan budu.. tuang budu bubuh cilipadi tenyeh-tenyeh bagi pecah perah asam limau perghhhhh meleleh ayaq lior hahahaha. lepas tu cuba korang bayangkan plk aku duh amik isi ikan tenyeh lagi ngan budu tu lepas tu denga kacang botol skali. kruppp..kruppp..bunyi kacang botol. hohoho.. walaupun simple aku rasa sedap giler makan nasi malam tadi. nnt nak beli ulam-ulam lagi nyummm..nyummm.. conclusinya budu cap ketereh sedap jgk sebab tak berbau terlampau busuk tp kt umah aku ni benda yang berbau tu la sedap iaitu tempoyak dan skang ada budu plk. lately ni memang aku suka makan ulam-ulam, ikan goreng dan sambal-sambal untuk mencicah.

3 comments:

kak ina kl said...

salam dari akak..hemmm..akak memang tak pernah makan budu..sebab tak biasa kot..tapi kan bila beli nasi kerabu ..penjual letak budu...boleh pulan telan..

Mrs Hardlena said...

haaa situasi kita sama la tu kak ina. cuba kak ina try makan budu ni ngan nasi time lapar2 uhhh sedap kak hehehe.. dulu tak suka now dh promote plk org suh mkn ekekeke

Ainazli said...

baru ko tahu penangan budu..hahahhahaha..memang masyukkkk makan nasi panas2 ngan budu..ader ulam2 pastu dalam budu boh ikan panggang, letak mangga sikitttt..nak lebih boh dorian..pergggghh mau menambah2..aku kalu wak singgang ikan pong boh budu sikittttt..sedap sampai hirup2 kuah si zz yg tak makan buu tu..walllaaaaaa..nanti ader masa aku buat kan ko singgang ikan n ko rasa!!