Friday, October 23, 2009

>>Catcheye.com.my<<

Nampak tak logo merah di atas tu. Di sini aku nak kongsi la serba sedikit apa itu Catcheye.com.my ni. Secara jujurnya aku pun baru mengenali serba sedikit tentang web ini hasil email daripada Eryn. Thanxs Eryn kerana mengenalkan Catcheye.com.my ni. Saja la suka-suka klik kat link tu skali tgk rupanya sistem web ni pun macam Nuffnang jgk (klu x silap la) di mana bila kita klik dan register kita akan dapat duit(ayat ringkas nk bg paham hehe) Tp ada lagi panduan-panduan lain tapi klu korang nak faham bagus baca sendiri kan sebab aku malas nak taip ekekeke..

Aku pun tgh xde keje ni register la konon-konon then forward la kat member. Klu korang ingat ni skim cepat kaya ke lantak la tapi rasanya bukan kot. Tiada paksaan untuk register ok. Aku terminat nak register sebab web ni takde la nak mintak akaun bank ker paypal ke so ok la selamat skit. Cuma detail2 peribadi skit la something like nama kita, alamat(nak anta cek klu dpt duit hehe), contact no dan bla-bla.. Setakat sejam aku duk forward ni dh dapat RM1.40 hehe.. Nak tapau air milo lepas dh ni ekeke.

So klu korang dapat msg dari aku berkenaan Catcheye.com.my ni korang jgn la delete dulu yer cuba klik dan baca. Klu berminat ble jer baca dan register.. Selamat mencuba :)

Thursday, October 22, 2009

>>MC<<

smlm mc satu hari sebab sakit perut pada malam sebelumnya. sakit kali ni memang menyucuk2 perut dan kawasan yang sewaktu dengannya. sabor jer la nak duduk pun x ble nak rapatkan bontot ke kerusi klu tak rasa macam kena cucuk jer huhu..

kelmarin dah pegi klinik aslam tempat biasa yang aku pegi klu sakit dan cek air kencing tapi ok je takde jangkitan kuman dan air kencing pun bersih. risau jgk takut terkena jangkitan kuman. bila semua ok je doktor tetap bagi ubat antibiotik dan serbuk yang campur dengan air tu untuk langkah penjagaan awal kot2 baru nak terkena jangkitan kuman. telan jerla janji tak menanggung sakit. doktor ada pesan jgk klu lepas ni sakit kuat lagi terus ke hospital dan klu ble wat pemeriksan pap smear dan klu ble pi jumpa pakar sakit puan. risau jgk takut kemungkinan-kemungkinan lain. period pun dah masuk bulan ke 3 tak datang nih.. risau risau memang risau. hopefully takde apa-apa yang tak best la kan. mungkin sebab kurang minum air jer tu kot.

kisah satu lagi ni kejadian sebelum ke klinik. lebih kurang jam 10 pagi my hubby datang amik aku ngan nasya di rumah sebab nak pi klinik. sebelum tu pi isi minyak dulu di petronas jln tuaran bypass skali on da way balik tu ble plak terlanggang besi yang btol2 duk tengah jalan. tangg!!! mmg kuat giler bunyi ingatkan ranting kayu jer. skali dh lepas trafik light indah permai tetiba tercium bau minyak yg kuat giler. ingatkan x tutup tmpt minyak tu intai2 ok je tertutup. sampai KKIP depan klinik my hubby skali tgk tong minyak bocor minyak keluar macam air paip jer huhuhu. pakcik2 yg duk tepi jalan duk cakap je ngan my hubby pastu diaorg suh aku ngan nasya kuar takut kereta terbakar ke apa. huhuhu.. time tu aku cuak dah yerla takut jgk klu tetiba je kereta meletop ke apa. tp nasib baik la xde apa2..

my hubby suh aku ngan nasya pi klinik dia plak suka2 jer drive kete tu bawa pi poly. aku risau btol la sebab minyak duk kuar lagi dia nk bawa ke hulu ke hilir. doa-doa jerla semoga xde apa2. ya.. alhamdulillah xde apa2. dia bawa pegi jabatan mekanikal minta kawan tolong tampalkan. dh siap jumpa doktor time nak bayar skali tgk muncul plk my hubby kat klinik tu. wahhh.. cepat btol diaorg tampal erkkk. tp nk kena repair balik tong minyak tu takut tampalan tak tahan lama. nasib baik la umur kami bertiga masih panjang lagi..

Tuesday, October 20, 2009

Kejadian Manusia




Thursday, October 15, 2009

>>happy birthday MUM<<


entry khas untuk my mum yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 54 tahun pada tahun ini. semoga mak terus dipanjangkan umur, sihat dan ceria selalu hehe. walaupun kami (aku + nasya + menantu tunggal + my sis) berada jauh dari mak, kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan keluarga di sana. nanti la tunggu next next next birthday bila semua dh ada kat sana kita ble celebrate ramai-ramai. hadiah untuk tahun ni kami semua buat surprise dari jauh je la. to my mum aku order 25pcs cupcakes dan my sis order flower. nnt kita tgk mcmana rupa hadiah tu yer.. :)



Wednesday, October 14, 2009

>>salam aidilfitri<<

org lain dh berkurun buka cerita pasal hari raya tp aku baru terhegeh-hegeh nak buka story hehe.. xpe la kan raya kan sebulan so masih sempat lagi rasanya nak berkongsi suasana aidil fitri tahun ni dengan korang semua. but this year gambar memang tak banyak sebab terlampau seronok duk kat kampung sampai kamera pun malas je nak sentuh.. hahaha boleh x macam tu. ada aku kisah??

yeeyeee balik kampung.. nasya duk usha kapal terbang.

tahun ni turn beraya di kedah so ke'excited'kan melampau skit la hehe.. maklum la 2 thn sekali dpt blk kedah.tema tahun ni purple dan kebetulan pulak kat kg memang ramai yg bertemakan purple so mcm best gitu. to my sis yang tak balik beraya tahun ni layan la gambar raya kami thn ni yer.. ini je yg ado!!!

di pagi raya..

my family with my mum and dad..

my family without my sis huhu..

my mum twins with her daughter and nasya..

pak tam family without new baby muaz..

mak tam, tok, my mum and angah..

pergi ziarah kubur arwah tokwan..

beshnya nasya dapat main bunga api..

haaa cucuh jgn tak cucuh..

huyooo.. mercun das das laaa cantiknyerrrr!!!

bapak budak pun syok jgk ble main mercun.

raya ke-5 my hubby pegi lepas giant kt sungai petani. mak bapak tak pegi tapi kami-kami jer haaaa yg yg follow skali. ok la tu daripada takde aktiviti nak buat.

haaa tu diaaaa!!!

perjalanan yang berbaloi.. malam tu kami kerjekan ikan ni buat sweet sour hehehe





Tuesday, October 13, 2009

Rumah Baru Org Lama

Memandangkan terdapat beberapa kesulitan menghandle umah lama tu so aku pindah la ke umah baru ni. Okla survey punya survey jumpa la umah baru yang tak berapa mahal dan tak berapa murah. Kira ok la nak bayar bulan-bulan pun tak susah sangat ekekeke.. Itu la al-kisahnya.

Sory la sebab lama tak update blog lama tu. Biasa la bila dh dekat nak expired date tu macam-macam hal yang jadi so untuk kesenangan dan keselesaan semua aku pindah ke blogspot. Sama ngan korang semua senang skit nak masuk hehe.. Kepada yang baru sampai my new house ni jemput-jemput la masuk yer buat macam umah sendiri. Duduk la kat mana-mana pun umah baru maklum la sofa pun x penuh lagi. Aku ni bukannya orang kaya pun haaaa berbelanja ikut kemampuan diri je janji tak susahkan orang lain kan..kan..kan..

Ok la sekian sahaja ucapan pembukaan untuk merasmikan umah baru ni hehehe.. Nak celoteh panjang-panjang pun bukan xde point penting pun haaaa. So lepas ni korang ble la tukar add cinderella.hardlena.org kepada cinderella-hardlena.blogspot.com. Babai..