Wednesday, April 28, 2010

my problem is "R"

ini bukan masalah aku yer hehe.. ini la masalah yang dihadapi oleh tuan puteriku yang sorang tu. haissss tak ble jadi ni. mulut pot pet pot pet macam bertih jagung dah tapi bila kuar ayat tang ada huruf R terus bunyi lain. jenuh aku duk ajar sebut 'rrrrrr' tp dia duk sebut 'al' jgk. aku siap tunjuk lg mcm cara mulut ngan lidah hehehe (sila jgn bayangkan yer.. :p).

skang ni nasya suka sangat nyanyi lagu bunkface (extravaganza) tp versi pelat. lirik dia lebih kurang camni la bunyinya..

"lasa..lasa.. jgn kau percaya"

hadoiii la anak mama ni.. nk kena pintal kot lidah tu bagi lembut skit ni duk keras je. anak-anak korang mcmana time umur 3 tahun ni ada bunyi pelat lagi tak? ke dah besar nanti diaorg nyer ayat akan ok. aku risau takut sampai ke besar duk sebut 'al' jgk hmmm.. tp my doter terror cakap spain hahaha.. walaupun hanya sepatah dua ayat mamanya tetap berbangga jgk. kira tak sia-sia la papa dia duk beli cd dora tu. klu kami duk main-main patung cakap "hi" or "helo" ke mesti dia ubah balik cakap versi spain dia tuh. now satu ayat yg aku dah belajar ialah..

"hola, soy dora"

maksudnya hi, saya dora!!!

yang lain-lain aku x tau dan x paham. tp kira ok la sebab anak aku ni memang agak cepat dan kuat ingatannya. semoga anugerah yang diberikan ni akan terus berkekalan dan digilap sehingga ke bangku skolah nanti. yerla, mak mana tak nak anak dia pandai kan. of coz la pergi skolah belajar pandai2 dan membesar bagaikan juara hehe.. :)

ok now stop citer pasal nasya dan 'R'. nak story pasal angan-angan aku plak haha.. angan-angan untuk bzday tahun ni la konon mana la tau kan rezki murah ekekeke. skang ni duk usha-usha jgk la dgn my laling untuk mendapatkan my own lappy. kt umah tu asyik duk berebut je nak guna. klu time aku ada tempahan ok la my laling guna dgn gumbira tp klu takde oder jenuh nak tunggu turn huhuhu. so aku bg hint-hint la for my bzday present thn ni ekekeke. klu tak dpt present pun takpe sbb aku mmg plan nak dapatkan benda alah ni sebab rasanya aku memerlukan benda ini utk membantu aku untuk melancarkan lagi my biz. klu dapat yg kecik lagi bagus sebab senang nak bw ke hulu ke hilir. klu tetiba cust call tanya itu ini senang la nak rujuk tapi klu xde terpaksa la tunggu aku sampai umah dulu baru ble tgk apa-apa yang patut. pendapat org lain aku tak tau la tapi bagi aku mmg benda ni sgt membantu. hopefully la kan hehe..


klu tak dapat yg ni dapat yg biasa-biasa pun ok bah.. :)

klu dah ada laptop mesti kena broadband kan klu tak mcmana nk online. klu pegi tempat yang ada wireless ok la tapi klu takde wireless benda ni mmg amat diperlukan. mcm kat umah aku skang ni guna streamyx so mmg tak ble nak angkut ke hulu ke hilir. takpe.. yg lama tu biar la my laling guna di umah aku beli yg baru je wahaha.. nak jugak!!!

aritu my fren ada bgtau pakej celcom broadband utk gov serv ada yang RM50 je sebulan tapi dia punya kelajuan mcm broadband yang bayar RM68 sebulan. tak sure sahih ke tidak tapi masih skang ni duk kaji mana yang bagus. aku tak pernah ada benda ni so ilmu pengetahuan tu mmg cetek la. so yg mana satu korang agak bagus utk digunakan???



yang ini ke???


atau yang ini???

atau yang ini paling bagus???


Wednesday, April 21, 2010

ada aku kesah???

pagi ni nak membebel skit pasal sorang manusia yg kepochi kat sini yang membuatkan aku rasa hangin je. aku takde la rapat mana pun dgn ulat ni setakat kenal-kenal gitu je tapi pe'el ulat ni aku tau la jenis suka ckp besar. dulu rapat la jugak tp now takde sebab tettttt..

aku tak kesah la ko keje apa ko buat apa ko duit banyak mana pun ada aku kesah??? sory la aku tak hingin nak amik tau.. tapi please respect la skit rezeki org lain or apa-apa je yg menjadi kepentingan bagi seseorang tu. setakat mulut longkang mcm ko nak cakap besar lepas tu kutuk perli sana sini tak payah la apa jugak yang ko dapat buat mcm tu. tau la ko kerja bagus (itu pun klu bagus la sbb duk cuti je). cerita pe'el mcm ko ni sekejap je berita tersebar ko tau tak. bkn sorang tp dua tiga org dh duk bercerita psl pe'el tettt ko ni. ishkk..ishkk.. kesian ko kan. cakap je mcm bagus tp hampeh jgk haha..

aku duk cari rezki mcm tu ke mcm ni ke ada aku susahkan ko ke. plz la.. jgn duk bangga sgt dgn diri ko tu. ni la org melayu klu jenis otak udang.. tp takpe aku rileks je malas la nak layan mulut-mulut longkang mcm ko ni sbb takde bagi faedah apa-apa pun klu aku layan ajukan ko yg ntah paper tu. yg penting aku cari rezki dan bulan-bulan rezki masuk. kepada sesiapa yg tak senang dgn kajayaan org tu bawak2 la bertobat tak payah nak kecoh sana sini org tu buat biz apa-apa pun. baik la kowang duduk diam-diam sblm mulut korang aku panggil mulut longkang jgk. dan kpd my fren yg byk support thanx u so much mudah-mudahan rezki korang pun murah sentiasa..


Tuesday, April 20, 2010

nak balik kampung..

last week dh apply tiket tambang percuma utk bln 5 ni.. nasib baik bos sign dgn jayanya dan kewangan pun dh proses permohonan aku tu so lega la skang ni tiket dh confirm hehe.. yeye nak balik kampung rasa tak sabar plak nak bercuti panjang bln 6 nanti. cuti kali ni lama skit so ble la drop by kt trg lama skit. rasanya ada dkt setahun kot x balik umah di kemaman. bukan tak nak balik tp tu la bila cuti x lama tak sempat nak ke sana sini so balik mana yang sempat je la.

cuti kali ni kebetulan my hubby pun tgh cuti semester so ble la apply cuti lama skit. lulus ke tidak peduli apa dh pun nama cuti semester kan klu tak lulus pun laki den nak mengajar siapa. cuti 30 hari tu x pernah nak habis.. kali ni tak kira kena jugak balik kampung lama-lama ku tak balik kampung kemudian tak mo blk sini dah hahaha..

balik kali ni plan mmg nak cuti-cuti malaysia tapi lokasi belum diketahui lagi. tengah duk plan jugak ni klu ada yg nak join skali sebab klu nak holiday kami 3 beranak je konpem x meriah la. my mum still kat bachok tak ble nak cuti panjang maybe 1 week before kitaorg balik sabah baru my mum dapat cuti kot. b4 that we all 3 beranak ni kena jalan-jalan sendiri la. my bro yg bongsu plak nak amik pmr thn ni konpem ada kelas tambahan punya lg la susah nak jalan sana sini tp ok la my mum dh bg green light nk guna kete time cuti nanti hehe. plan-plan konon nak ke kelantan tp x tau apa yg menarik di sana. advantage sebab my mum keja sana la so ble la nk ikut sehari dua. setakat nk borong tudung kat jalan TAR pun lebey kurang murah jgk kot. apa-apa jerla janji dapat bercuti balik makan kopok lekor makan otak-otak. hmmm.. terliur la plak lg sebulan br dpat balik ni. time tu nasya dh 3 tahun mulut konpem la pot pet pot pet dah.. alahai rindu nya nak balik kampung halamanku.

from now byk yg nak kena list ni nak kena plan btol sebab time tu kan cuti skolah konpem semua jem. eee malas btol la klu pening-pening kpala time ramai org ni. kata nak rest tp klu kpala berserabut dgn benda-benda camtu tentu tak best kan. so utk melancarkan segala-galanya baik aku plan dari sekarang ke mana hala tuju cuti nanti hahaha. bajet mcm cuti jauh je kan padahal nak blk kg jer ekeke.. k la nanti la ada masa aku update lagi apa-apa yang patut. ermmm citer pasl my little princess pun dah lama x keudara kan. nanti nanti la yer.. :p

Wednesday, April 14, 2010

guess who..

kali ni nak story bout 2 3 perkara yang telah berlaku sebelum sebelum ni yang mana aku tak sempat nak update. so kira buat kesimpulan jer la ye hehe.. al-kisahnya last weekend aku telah menerima kedatangan tetamu dari jauh, kak zie. act kak zie ni membe kak maria dr myR so aku x kenal sgt just ckp 2 3 x je di telefon sbb dia ada oder kek untuk majlis pertunangan adeq iparnya. kak zie datang pun x dapat nak jemput di airport so dapat jumpa face to face pun time nak pegi meminang tu jer. sorry yer kak zie x dapat nak entertain sepanjang kak zie dan family di sini. nasib baik ada kak maria yang baik hati bw jalan-jalan hehe..

waktu ni bergambar selepas majlis pertunangan dengan bakal adeq ipar kak zie.

so far dapat kenal ngan kak zie ni seronok la sebab kak zie ni jenis rileks and simple je. apa-apa cerita pun ble masuk dan selesa la nak berkawan. kak zie ngan kak maria ok la umur diaorang pun x jauh beza masing lingkungan 30an tp bila kak zie tau umur aku hehe muda lg rupanya. umur tak kisah dalam persahabatan kan.. :) dan di sini aku tunjukkan beberapa gambar yang dicilok daripada blog kak maria untuk membuktikan perjumpaan kami haha.. thanxs ya kak zie & husb sebab belanja kami makan seafood sepatutnya kami yang belanja kak zie kan. xpe ade rezki kami belanja kak zie plak yer. segan plak ngan kak zie tau hehe..



lunch sebelum kak zie & family berangkat pulang ke kuala lumpur

bergambar kenangan di airport sebelum diaorg berangkat pulang. kejap je kak zie datang sini x sempat nak kenal lama-lama kan. xper.. insyallah ada rezki panjang kita jumpa lagi bulan 6 nanti yer. time nak berpisah duk salam-salam berpeluk aku tgk mata kak zie merah je. hehe.. kak zie nak nangis ye siap x nak balik tu minta husb dia tukar duk kk plak. tgk kak zie sedey-sedey tu aku pun naik sebak tau tp nasib baik x nangis lagi hehe. semoga kak zie & family membawa pulang kenangan yang indah ye. segala kekurangan daripada saya minta maaf la banyak-banyak.

Thursday, April 1, 2010

i need 30hours..

lately ni rasa mcm tak cukup je masa 24 jam. arrrr boleh tak kasih up skit bagi 30 jam haha.. memandangkan memang ada 24jam je so terpaksa la aku manfaatkan btol2 setiap masa yang ada ni. semenjak dua tiga menjak ni memang aku bz giler (ala-ala mengalah PM gitu hikhikhik). pagi petang siang malam bekerja but i'm enjoy sebab kami sama-sama bekerja sefamily hehe.. hopefully pengorbanan masa kami ni berbaloi la di kemudian hari. nasya skang ni pun dh pandai gitu ala-ala berbisnes hehe.. terkezut jgk aritu lps mandi tetiba dia sebut "kastemer..kastemer.." hahaha.. copy ayat mak dia la tu skit2 kastemer smp anak pun dh copy cat.

nak buat mcmana kepala ni siang malam pikir bisnes je klu tak kaya jgk tak tau la hahaha.. tetiba rasa tercabar plak dgn ayat sendiri. iyerla.. klu diri sendiri tak cabar siapa lg kan. ibarat pepatah lama la "berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian". nah ko sambil keluar abis pantun2 lama hehe.. buat masa ni ok lg la dapat menjalani kehidupan dengan baik.

insyallah bln 5 nnt kami sekeluarga akan bercuti utk balik ke kampung halamanku. time ni ble la rest2 skit kot drpd kerja tp kalau boleh la. borang nak apply tiket free dah isi tinggal nak submit je lg ngan admin. tak sabar plak nak balik kampung ni.. adios amigos i gtg. nnt la klu sempat ble cerita lg.